Gambar di bawah ini ialah
gambar basikal kepunyaan saya.
Melihat pada rangkanya
sahaja saya pasti anda semua tahu yang ianya ialah basikal recon dari Jepun. Ia dikenali sebagai 'mamachari' di sana. Saya membelinya di Kedai Basikal UTM dengan harga
RM269.
Waktu saya tiba di kedai
basikal tersebut, awal-awal lagi mata saya sudah tertarik dengan basikal ini
kerana reka bentuknya yang menarik dan tambahan pula saya menyukai warna merah jambu.
Tanpa berfikir panjang (atau mengambil kira yang saya sudah hampir 3 tahun
setengah tidak menunggang basikal), saya terus membeli basikal ini. Oleh kerana
waktu itu saya memakai seluar jeans yang ketat (kerana berat badan bertambah
-.-), saya tidak dapat menunggang basikal ini dan membawanya ke kolej saya.
Oleh itu saya memberitahu
adik yang menjaga kedai basikal tersebut yang saya akan mengambil basikal ini
keesokan hari.
Saya pun kemudian
pergilah ke briefing tentang program postgraduate UTM. Ketika ini, saya sudah
pun habis mendaftar untuk program Master’s.
Selepas briefing tersebut
tamat, hati saya kuat memberitahu saya untuk pergi melihat basikal tersebut di
kedai walaupun saya sudah memberitahu yang saya akan mengambil basikal itu esok
hari.
Nasib saya memang baik.
Ketika itu, pemilik kedai basikal itu sendiri berada di sana. Dia menyuruh saya
menunggang basikal ini di sekeliling kawasan (dekat sahaja). Namun, keputusannya
tetap sama. Sukar untuk saya mengayuh basikal dengan memakai jeans. Akhirnya
saya bertanya kepadanya, adakah terdapat servis untuk menghantar basikal ini ke
blok?
Encik yang baik hati itu
kemudian memberitahu, “Ada”. Lalu dia terus mengangkat basikal saya dan
meletakkannya di belakang but kereta. Dia mengikat basikal saya dan menyuruh
saya masuk ke dalam kereta sebelum meminta saya menunjukkan jalan ke blok saya.
Saya terharu.
Waktu itu saya terasa
seperti mahu menangis kerana ada orang yang sebegitu baik sanggup menolong saya
membawa basikal ke Kolej Datin Seri Endon. Untuk pengetahuan anda, Kolej Datin
Seri Endon atau nama singkatnya KDSE merupakan salah satu ‘Kolej Lingkaran Luar’
yang ada di UTM. Kolej kediaman ini lebih jauh daripada ‘Kolej Lingkaran Dalam’
yang berhampiran dengan fakulti-fakulti di UTM.
Setibanya di kolej, encik
yang baik hati tersebut menurunkan basikal saya. Selepas mengucapkan terima
kasih, saya meletakkan basikal saya di luar blok dan menguncinya.
Malam itu, saya tidak
dapat tidur lena.
Saya terlalu teruja untuk
menunggang basikal.
Paginya, awal-awal lagi
saya sudah bangun.
Saya menunggang basikal
menaiki bukit sederhana tinggi KDSE dan mengayuh basikal hingga ke Pusat
Kesihatan UTM. Perjalanan yang tidak ada masalah kerana laluannya menuruni
bukit.
Namun, ketika hendak
kembali ke kolej, saya mengalami kesukaran dalam mendaki bukit. Tiba sahaja di
kolej, saya rasa seperti hendak pengsan. Kaki saya penat dan lenguh namun saya
rasa gembira. Kadangkala, rasa sakit dan penat itu penting untuk membuktikan
yang kita masih hidup.
Pada hari-hari
seterusnya, saya membawa basikal ini ke merata-rata tempat seperti fakulti, Arked
Meranti, dan Arked Cengal. Pendek kata, saya kini suka berbasikal walaupun saya
selalunya berbasikal pada waktu pagi dan petang sahaja.
Sekarang, saya
menggunakan basikal ini untuk ke fakulti hampir setiap hari kecuali hari cuti
atau ketika saya malas mahu ke fakulti.
Ianya sungguh menjimatkan
masa saya. Dalam masa yang sama, ia membantu saya dalam menggerakkan badan saya
memandangkan saya jenis yang malas melakukan senaman. Selain itu, ia membuat
saya rasa bangga. Sebabnya, tidak ramai pelajar yang menaiki basikal ke
fakulti. Saya bangga kerana kaki saya cukup kuat untuk mengayuh basikal setiap
hari. >.<
Oh ya, saya menamakan basikal ini Pink-chan kerana ia berwarna merah jambu dan sangat comel. :D
Oh ya, saya menamakan basikal ini Pink-chan kerana ia berwarna merah jambu dan sangat comel. :D
Hahaha.
Setakat ini sahaja entri
saya kali ini. Jika anda minat dengan basikal, bolehlah kongsikan tips-tips
atau apa saja pengalaman anda dengan basikal di ruangan komen.
Terima kasih kerana
membaca.
-Farhanah Atiqah
No comments:
Post a Comment