Tajuk: Nota
Penulis: Shaz Johar
Muka surat: 300
Sinopsis:
“OK. Siapa dalam dunia ni yang percaya cakap orang gila?” – Rekha.
Dalam
menghasilkan novelnya yang kedua, Ray cuba menyelami kisah hidup
seorang wanita yang telah dituduh membunuh penculik anaknya dengan
kejam. Kata Rekha, sewaktu polis tiba di tempat kejadian, wanita itu
didapati sedang memegang tukul besi manakala baju dan mukanya berlumuran
darah. Darah terpercik hingga ke siling, DNA mangsa ada di mana-mana
tetapi tubuh mangsa hilang tanpa dapat dikesan. Ray telah diberikan
dengan beberapa siri nota yang ditulis oleh wanita itu sendiri untuk
mengetahui kisahnya yang sebenar. Tugas Ray, dia hanya perlu membaca
nota itu hingga sampai ke penghujung.
*sinopsis diambil daripada fixi.com.my
P/S: Berhati-hati dengan spoiler!
*sinopsis diambil daripada fixi.com.my
P/S: Berhati-hati dengan spoiler!
Ulasan saya: Jalan
cerita sarat dengan persoalan. Sampai akhir saya tidak pasti siapa
sebenarnya yang benar-benar gila. Mungkinkah Intan tidak pernah gila?
Mungkinkah dia yang bunuh Iskandar lepas itu buang mayat dan pura-pura
tidak ingat apa-apa? Atau mungkin juga sebab dia kurang waras, oleh itu
dia tulis semua nota palsu untuk membela dirinya, agar dia tidak masuk
penjara?
Dan akhir sekali apabila diperkenalkan dengan watak Datin Rusmim, makinlah saya tertanya-tanya. Rusmim=RUSM1M?. RUSM1M bukan Vin punya ke?
Kesimpulannya, saya keliru.
Tapi kekeliruan ini saya terima dengan hati terbuka.
Sebabnya, saya bebas mencipta teori sendiri dan menyambungkan kembali cebisan-cebisan cerita.
Dan ini teori saya:
1. Melissa ialah orang yang selamatkan Intan dari bunuh diri.
2. Sebab benci sangat dengan suami dia, Intan pun bunuh suami dia.
3. Lepas tu dia culik anak dia dan serahkan pada Melissa untuk dijaga. Dia tuduh Iskandar culik anak dia supaya Iskandar kena tangkap. Iskandar pula dia bunuh dan tanam bawah pokok pisang. Lepas tu dia kerat lidah sendiri dan pura-pura jadi gila.
4. Intan pertama kali jumpa Dina di rumah sakit mental. Dina perasan yang Intan tu isteri bekas majikannya, lalu dia pun nak balas dendam. Sebab tak boleh buktikan yang Dina tu jahat, Sofia pun tulislah cerita tu, kaitkan nama Dina dengan Iskandar.
Setelah mencipta teori ini, kekeliruan saya pun bertambah-tambah lagi.
Apapun, 9 bintang untuk novel ini sebab berjaya 'mindfuck' saya.

Bintang: 9/10
Sumber gambar: fixi.com.my
jalan jalan
ReplyDeleteRadio Senyap - Senyap Bukan Bererti Diam