Showing posts with label Kehidupan Saya. Show all posts
Showing posts with label Kehidupan Saya. Show all posts

Friday, 20 April 2018

Rak Buku Baru

Hai semua.

Keluarga saya dah berpindah kembali ke Tawau.

Dan saya telah mendapat kembali bilik lama saya.

Jadi hari ini, saya akan menunjukkan susunan buku di dalam almari buku saya.

Rak buku 1
Bahagian atas rak 1
Bahagian tengah rak 1
Bahagian bawah rak 1
Rak buku 2
Bahagian atas rak 2
Bahagian tengah rak 2
Bahagian bawah rak 2
Gabungan rak kecil
Bahagian atas (1) rak kecil
Bahagian atas (2) rak kecil
Bahagian atas (3) rak kecil
Bahagian bawah (1) rak kecil
Bahagian bawah (2) rak kecil
Bahagian bawah (3) rak kecil
Ekstra: Antara buku yang saya sedang baca

Dengan bertambahnya rak dan buku, proses untuk membersihkan mereka semua turut bertambah. Saya habiskan sehari suntuk untuk membersihkan satu-persatu buku di dalam rak.

Biarpun begitu, sebagai seorang yang sangat mencintai buku, saya bercadang untuk membeli lebih banyak buku di masa akan datang. 

Muahahahaha XD XD


Sunday, 23 October 2016

Saya dan Perjanjian

Dahulu saya pernah menulis satu cerita pendek yang bertajuk ‘Perjanjian’.

Ia mengisahkan seorang lelaki yang mengikat perjanjian dengan seseorang yang mempunyai kuasa untuk memakbulkan sebarang hajat di hati.

Saya tulis cerita pendek ini di kelas Pemikiran Kritis dan Kreatif. Ketika itu saya sedang bosan.

Selepas kelas berakhir, saya kembali ke bilik dan mula menaip cerita yang saya tulis tadi.

Orang pertama yang baca cerita tersebut ialah Cynthia, sahabat baik kesayangan saya.

Cynthia memuji cerita yang saya tulis, dan memberitahu yang saya ada bakat.

Saya gembira.

Jadi saya pun muatnaik cerita tersebut dalam akaun saya di FictionPress.

Tidak ramai yang baca cerita saya.

Saya juga muatnaik cerita itu di blog saya.

Tidak ramai juga yang baca.

Kemudian saya menemui portal Ilham Karangkraf.

Saya muatnaik cerpen tersebut di portal Ilham.

Hasilnya sungguh mengejutkan.

Cerpen saya dibaca oleh ramai orang. Dan ia turut diletakkan dalam Pilihan Editor untuk tempoh masa yang tertentu.

Saya kemudian bercadang untuk mengembangkan lagi cerita tersebut.

Saya menulis 3 bab selepas itu, untuk melihat reaksi pembaca.

Tidak banyak reaksi.

Jadi saya padamkan cerita tersebut daripada portal Ilham.

Tidak lama kemudian, saya melihat iklan daripada satu rumah penerbitan.

Mereka mahukan cerpen untuk dimuatkan dalam antologi mereka.

Jadi saya pun memperbaiki cerpen Perjanjian saya.

Kemudian saya email cerpen itu kepada mereka.

Dan, pada 7 Oktober 2016, ketika saya membuka akaun email saya, saya menerima mesej yang cerpen saya akan diterbitkan bersama-sama cerpen penulis lain di dalam satu buku antologi cerpen yang bertajuk BAYANG.

Saya menjerit kegembiraan.

Saya menelefon ayah dan ibu saya dan memaklumkan khabar ini kepada mereka. Mereka turut gembira mendengarnya.

Hingga hari ini, saya masih tidak percaya yang cerpen itu akan diterbitkan.

Terima kasih Tuan Khairy Tajudin kerana memberikan saya peluang ini.

Jutaan terima kasih kepada Cynthia kerana telah menjadi pembaca setia cerita saya selama ini.

Terima kasih yang tidak terhingga kepada ibu dan bapa saya yang menjadi sumber kekuatan saya untuk terus menulis.

Saya bersyukur kepada Allah SWT atas nikmat rezeki penulisan yang diberi. Insha Allah saya akan terus berkarya untuk membawakan lebih banyak cerita-cerita menarik dan lain daripada yang lain kepada pembaca semua. 

Nantikan kemunculan antologi cerpen BAYANG daripada Khairy Tajudin Resources.

Terima kasih.

Thursday, 17 September 2015

Saya dan Basikal



Gambar di bawah ini ialah gambar basikal kepunyaan saya.



Melihat pada rangkanya sahaja saya pasti anda semua tahu yang ianya ialah basikal recon dari Jepun. Ia dikenali sebagai 'mamachari' di sana. Saya membelinya di Kedai Basikal UTM dengan harga RM269.

Waktu saya tiba di kedai basikal tersebut, awal-awal lagi mata saya sudah tertarik dengan basikal ini kerana reka bentuknya yang menarik dan tambahan pula saya menyukai warna merah jambu. Tanpa berfikir panjang (atau mengambil kira yang saya sudah hampir 3 tahun setengah tidak menunggang basikal), saya terus membeli basikal ini. Oleh kerana waktu itu saya memakai seluar jeans yang ketat (kerana berat badan bertambah -.-), saya tidak dapat menunggang basikal ini dan membawanya ke kolej saya.

Oleh itu saya memberitahu adik yang menjaga kedai basikal tersebut yang saya akan mengambil basikal ini keesokan hari.

Saya pun kemudian pergilah ke briefing tentang program postgraduate UTM. Ketika ini, saya sudah pun habis mendaftar untuk program Master’s.

Selepas briefing tersebut tamat, hati saya kuat memberitahu saya untuk pergi melihat basikal tersebut di kedai walaupun saya sudah memberitahu yang saya akan mengambil basikal itu esok hari.

Nasib saya memang baik. Ketika itu, pemilik kedai basikal itu sendiri berada di sana. Dia menyuruh saya menunggang basikal ini di sekeliling kawasan (dekat sahaja). Namun, keputusannya tetap sama. Sukar untuk saya mengayuh basikal dengan memakai jeans. Akhirnya saya bertanya kepadanya, adakah terdapat servis untuk menghantar basikal ini ke blok?

Encik yang baik hati itu kemudian memberitahu, “Ada”. Lalu dia terus mengangkat basikal saya dan meletakkannya di belakang but kereta. Dia mengikat basikal saya dan menyuruh saya masuk ke dalam kereta sebelum meminta saya menunjukkan jalan ke blok saya.

Saya terharu.

Waktu itu saya terasa seperti mahu menangis kerana ada orang yang sebegitu baik sanggup menolong saya membawa basikal ke Kolej Datin Seri Endon. Untuk pengetahuan anda, Kolej Datin Seri Endon atau nama singkatnya KDSE merupakan salah satu ‘Kolej Lingkaran Luar’ yang ada di UTM. Kolej kediaman ini lebih jauh daripada ‘Kolej Lingkaran Dalam’ yang berhampiran dengan fakulti-fakulti di UTM.

Setibanya di kolej, encik yang baik hati tersebut menurunkan basikal saya. Selepas mengucapkan terima kasih, saya meletakkan basikal saya di luar blok dan menguncinya.

Malam itu, saya tidak dapat tidur lena.

Saya terlalu teruja untuk menunggang basikal.

Paginya, awal-awal lagi saya sudah bangun.

Saya menunggang basikal menaiki bukit sederhana tinggi KDSE dan mengayuh basikal hingga ke Pusat Kesihatan UTM. Perjalanan yang tidak ada masalah kerana laluannya menuruni bukit.

Namun, ketika hendak kembali ke kolej, saya mengalami kesukaran dalam mendaki bukit. Tiba sahaja di kolej, saya rasa seperti hendak pengsan. Kaki saya penat dan lenguh namun saya rasa gembira. Kadangkala, rasa sakit dan penat itu penting untuk membuktikan yang kita masih hidup.

Pada hari-hari seterusnya, saya membawa basikal ini ke merata-rata tempat seperti fakulti, Arked Meranti, dan Arked Cengal. Pendek kata, saya kini suka berbasikal walaupun saya selalunya berbasikal pada waktu pagi dan petang sahaja.

Sekarang, saya menggunakan basikal ini untuk ke fakulti hampir setiap hari kecuali hari cuti atau ketika saya malas mahu ke fakulti.

Ianya sungguh menjimatkan masa saya. Dalam masa yang sama, ia membantu saya dalam menggerakkan badan saya memandangkan saya jenis yang malas melakukan senaman. Selain itu, ia membuat saya rasa bangga. Sebabnya, tidak ramai pelajar yang menaiki basikal ke fakulti. Saya bangga kerana kaki saya cukup kuat untuk mengayuh basikal setiap hari. >.<

Oh ya, saya menamakan basikal ini Pink-chan kerana ia berwarna merah jambu dan sangat comel. :D

Hahaha.

Setakat ini sahaja entri saya kali ini. Jika anda minat dengan basikal, bolehlah kongsikan tips-tips atau apa saja pengalaman anda dengan basikal di ruangan komen.

Terima kasih kerana membaca.

-Farhanah Atiqah