Aku sebatang pen
berjenama Kilometrico. Aku dilahirkan di sebuah kilang di Selangor. Badanku
berwarna hitam, sama seperti dakwatku.
Aku kemudian dimasukkan
ke dalam kotak bersama rakan-rakanku yang lain. Kami dihantar ke sebuah kedai
alat tulis di Terengganu. Selepas dikeluarkan dari kotak, aku dan rakan-rakanku
disusun di atas rak yang menempatkan pelbagai jenis pen jenama lain. Aku sempat
berkenal-kenalan dengan mereka semua.
Dua hari kemudian,
seorang remaja lelaki datang ke kedai tersebut. Dia membelek-belek aku dan
rakan-rakanku yang ada di atas rak. Kemudian, dia memutuskan untuk membeliku.
Setibanya di rumah, dia
memasukkan aku ke dalam kotak pensilnya. Aku hanya digunakan ketika dia mahu
mencatat nota atau membuat kerja sekolah.
Suatu hari, tuanku
membeli sebatang pen baru yang cantik. Dia memberikan aku kepada adiknya yang masih
bersekolah rendah.
Adiknya seorang yang
cuai. Dia selalu meletak aku di merata-rata tempat hinggalah suatu hari dia
terlupa mengeluarkan aku daripada poket seluarnya. Aku dicuci bersama-sama
pakaian-pakaian lain di dalam mesin basuh.
Selepas ibunya
mengeluarkan aku dari dalam mesin basuh, ibunya memberi aku kepada tuan aku
yang mula-mula kembali. Namun begitu, dakwatku sudah pun kering. Aku akhirnya
dibuang ke dalam tong sampah.
Tamatlah riwayat aku
sebagai sebatang pen.
-Farhanah Atiqah
~Ditulis ketika sedang bosan. -.-
No comments:
Post a Comment