“Tolong aku.”
Berkerut dahi Hafiz
membaca nota yang diselit bawah pintu rumahnya. Menyangka nota itu cuma mainan,
Hafiz membuang nota tersebut.
*****
“Selamatkan aku.”
Sekali lagi sekeping
nota diselit bawah pintu rumah. Dan sekali lagi, Hafiz membuangnya.
*****
Malam keesokan, Hafiz duduk
di balkoni apartmen.
Tatkala melihat satu tubuh
hitam menghampiri, pantas Hafiz berdiri.
“Jangan dekat!”
Namun, pemilik tubuh hitam itu makin merapati.
Tanpa berfikir, Hafiz
memanjat balkoni lalu melompat ke bawah.
*****
“Dissociative
personality disorder…” doktor itu menggumam. Hafiz yang sedang menulis
sesuatu di atas cadar, dihampiri. “Nasib baik awak cuma jatuh dari tingkat 2.”
-oleh Farhanah Atiqah
~kerana saya ada terlalu banyak masa lapang... -.-
~kerana saya ada terlalu banyak masa lapang... -.-
No comments:
Post a Comment