Pertama kali saya menonton Soukyuu no Fafner, ialah 9 tahun yang lalu. Waktu itu, saya cuma berusia 14 tahun.
Sekarang selepas hampir 10 tahun, Studio XEBEC membuat sambungan cerita untuk siri anime ini, yang dikenali sebagai Soukyuu no Fafner EXODUS.
Sejajar dengan peningkatan dari segi teknologi dan grafik, Soukyuu no Fafner Exodus turut diberikan nafas baharu. Visual di dalam anime ini benar-benar mempesonakan.
Untuk sesiapa yang tidak mengenali Soukyuu no Fafner, ia merupakan siri anime mecha yang diterbitkan pada tahun 2004.
Pada permulaan cerita, sebahagian besar dunia telah dimusnahkan oleh Festum, makhluk asing dari angkasa yang mampu mengasimilasi manusia. Jepun yang menjadi tempat di mana Festum 'bersarang', dimusnahkan oleh tentera UN. Mereka yang terselamat lari ke pulau yang dinamakan Tatsumiyajima. Pulau ini dilindungi oleh sistem pertahanan yang canggih dan mereka hidup terpinggir daripada dunia luar. Anak-anak muda di pulau ini meneruskan kehidupan harian mereka seperti biasa, tanpa menyedari yang dunia mereka diancam oleh Festum. Tetapi, selepas bertahun-tahun, keamanan yang mereka kecapi musnah dengan kehadiran Festum yang menyedari kewujudan pulau ini. Ramai daripada mereka dibunuh oleh Festum dalam proses asimilasi. Dalam keadaan terdesak, mereka mengarahkan Mecha dipanggil Fafner untuk keluar, tetapi juruterbang Fafner tersebut terbunuh dalam perjalanan ke tempat Fafner. Tanpa sebarang pilihan lagi, mereka terpaksa menghantar seorang anak muda yang bernama Makabe Kazuki sebagai juruterbang gantian yang dibantu oleh Minashiro Soushi dari dalam Sistem Siegfried.
Festum dimusnahkan, tetapi pulau Tasumiyajima sudah terdedah kepada dunia luar. Oleh itu, lebih ramai lagi anak-anak muda dilatih untuk menjadi juruterbang Fafner sebagai persediaan untuk ancaman seterusnya; daripada Fafner dan juga daripada manusia lain di luar sana.
Berikut ialah urutan siri Soukyuu no Fafner:
1. Soukyuu no Fafner (26 episod)
2. OVA : Right of Left (Prequel kepada Soukyuu no Fafner)
3. Filem : Soukyuu no Fafner: Heaven of Earth (Menceritakan keadaan 2 tahun selepas penamat Soukyuu no Fafner)
4. Soukyuu no Fafner -EXODUS- (Sambungan kepada Heaven and Earth, 2 tahun selepas jalan cerita Heaven and Earth. Ketika entri ini ditulis, baru 8 episod disiarkan.)
Di bawah ini saya sertakan screenshots yang diambil daripada Soukyuu no Fafner.
|
Makabe Kazuki (Juruterbang Mark Elf dan Mark Sein) |
|
|
|
Minashiro Soushi (Pengendali Sistem Siegfried) |
|
Toomi Maya (Juruterbang Mark Sieben) |
|
Kaname Sakura (Juruterbang Mark Drei) |
|
Canon Memphis (Juruterbang Babylon dan kemudian Mark Drei) |
|
Kondou Kenji (Juruterbang Mark Acht) |
|
Kodate Mamoru (Juruterbang Mark Funf) |
|
Kasugai Kouyou (Juruterbang Mark Vier) |
|
Hazama Shoko (Juruterbang Mark Sechs) |
|
Hino Michio (Juruterbang Megatherion dan Mark Ein) |
|
Minashiro Tsubaki |
|
Dari kiri: Nishio Akira dan Douma Hiroto |
|
Dari kiri: Nishio Rina, Makabe Fumihiko, dan Tatekami Seri |
|
Fafner (Mark Sechs) |
|
Festum |
Soukyuu no Fafner Exodus mengisahkan kehidupan di Pulau Tatsumiyajima 2 tahun selepas filem Heaven and Earth. Di bawah ini pula
screenshots daripada Soukyuu no Fafner Exodus.
|
Kazuki (Masih lagi juruterbang Mark Sein) |
|
Maya (Masih lagi juruterbang Mark Sieben) |
|
Soushi (Juruterbang Mark Nicht) |
|
Sakura |
|
Kenji (Pengendali Sistem Siegfried) |
|
Hazama Canon (sebelum ini Canon Memphis) |
|
Nishio Rina (Juruterbang Mark Neun) |
|
|
Nishio Akira (Juruterbang Mark Zehn) |
|
Douma Hiroto (Juruterbang Mark Funf) |
|
Tatekami Seri (Juruterbang Mark Zwolf) |
|
Mikagami Mimika (Juruterbang Mark Funfzehn (Amaterasu)) |
|
|
Kaburagi Sui (Juruterbang Mark Sechszehn (Tsukuyomi)) |
|
Mikado Reo (Juruterbang Mark Vierzehn (Susanoo)) |
|
Jonathan Mitsuhiro Bartland (Juruterbang UN) |
|
|
Aishwarya Fein (Juruterbang UN) |
|
Billy Morgan (Juruterbang UN) |
|
Hino Miwa, anak perempuan Hino Michio dan Tomi Yumiko |
|
Tomi Yumiko, kakak kepada Maya |
|
Emery Almond |
|
Minashiro Orihime |
|
Juruterbang generasi ketiga |
|
Kualiti grafik yang jauh lebih mantap daripada Soukyuu no Fafner |
|
Tsukuyomi |
|
Amaterasu |
|
Dari kiri: Mark Zwolf dan Mark Neun |
|
Mark Zwolf |
Heaven and Earth ialah filem Soukyuu no Fafner, yang menceritakan keadaan penduduk Tatsumiyajima 2 tahun selepas penamat cerita Soukyuu no Fafner. Ia mengisahkan Festum berbentuk manusia yang bernama Kurusu Misao, yang ingin menjadi seperti Minashiro Soushi.
|
Misao dalam bentuk festum, melindungi kewujudan Soushi |
|
Sakura, pulih sepenuhnya daripada koma yang menimpanya ketika dalam siri televisyen Soukyuu no Fafner |
|
Kazuki menaiki Mark Sein, hampir-hampir diasimilasi |
|
Akira dan Maya |
|
Festum: "Itai. Tasukete." (Ia menyakitkan. Tolong saya) |
|
Hiroto menggunakan helmet Goubain pemberian Mamoru |
|
Seri menangis sebaik sahaja mengetahui apa yang festum itu ingin sampaikan kepadanya |
|
Seri: "Aoi sora ga mitai yo!" (Saya mahu melihat langit yang biru) |
|
Mark Drei yang dikemudi oleh Sakura |
|
Reaksi terkejut Sakura sebaik sahaja mendapati Mark Vier membantunya |
|
Misao di dalam Mark Nicht |
|
Kurusu Misao, festum yang menyerupai manusia |
|
Penamat yang membahagiakan... |
Saya terpesona dengan karakter, jalan cerita, serta soundtrack siri ini. Lagu pembukaan, penutup, dan lagu selingan siri ini daripada siri anime, OVA, filem, hinggalah ke Exodus, semuanya dinyanyikan oleh angela. Antara semua lagu, yang menjadi kegemaran saya ialah Sayonara no Toki Kurai Hohoende (Smile at the Time of Goodbye). Ini ialah terjemahan petikan yang paling saya gemari tersebut.
"Apa yang ditinggalkan apabila seseorang meninggal dunia?
Sekurang-kurangnya simpan diri ini dalam memorimu"
Mendengar lagu ini berulang-ulang kali membuatkan saya ingin menangis.
Sehingga ke hari ini, saya masih lagi mencintai siri anime ini.
-Farhanah Atiqah
No comments:
Post a Comment