Tajuk: Lengloi
Penulis: Maria Kajiwa
Muka Surat: 496
Sinopsis:
Seorang demi seorang
cuba membuka perniagaan di Lot 55, sayangnya semua berhadapan dengan
gangguan yang menakutkan. Seorang demi seorang mati dalam keadaan tragis
menjadikan kedai di Lot 55 itu semakin digeruni dan dikatakan berpuaka.
Semuanya tewas di tangan Lengloi. Kehilangan Suzy juga langsung tidak
dapat dikesan. Siapakah yang dipanggil Lengloi? Dari mana asalnya dan
kenapa dia menghuni Lot 55? Apa yang dimahunya? Ke mana Suzy menghilang?
“Kematian seseorang manusia itu tak dapat dilewatkan atau dicepatkan walau sesaat. Apabila sampai masanya, tercabutlah roh dari jasad. Cara sahaja yang berbeza.” – PAK CIK KASIM
“Saya akan cari jalan. Saya mahu bomoh bunuh itu hantu.” LIM
“Gua cinta lu sampei gua mati.” – SUZY
*sinopsis diambil daripada bukuprima.com.my

Ulasan saya:
Lengloi ialah novel pertama novelis Maria Kajiwa yang saya baca.
Garapan ceritanya yang kemas, teliti, dan penuh dengan info-info berkaitan kehidupan masyarakat sekeliling menunjukkan yang penulis membuat kajian yang mendalam berkenaan adat resam dan pantang larang sesuatu kaum. Watak-watak yang diperkenalkan dalam cerita ini juga daripada pelbagai bangsa, sesuatu yang jarang saya lihat di dalam novel Melayu.
Pada saya, apa yang menyokong cerita ini dengan kukuh ialah persahabatan di antara kaum yang pelbagai seperti persahabatan di antara keluarga Muthu, Lim, dan Pak Cik Kassim. Walaupun akhirnya salah seorang daripada mereka pergi, persahabatan ini tetap berterusan. Saya benar-benar terharu dengan apa yang dilakukan oleh Lim untuk ahli keluarga sahabatnya.
Selain itu, penulis juga berjaya menyelami emosi setiap watak dengan baik. Saya terkesima dengan kedalaman emosi setiap watak yang ditunjukkan. Karakter watak yang berbeza ragam dan sikap membuatkan watak itu hidup dan tidak kelihatan seperti watak 2 dimensi.
Cara misteri di dalam cerita ini dileraikan juga menarik, walaupun saya sudah dapat mengagak apa yang sebenarnya telah menimpa Suzy.
Bintang: 10/10

Sumber gambar: bukuprima.com.my