Sunday, 13 April 2014

Abu Khurayra Al-Kazakh: Mujahid Muda Kazakhstan Syahid Di Syria

Beliau dikenali dengan nama Abu Khurayra Al-Kazakh (Rusia: Абу Хурайра Казахи (Abu Huraira Kazakh)). Beliau berusia dalam lingkungan 19 tahun dan merupakan salah seorang Mujahidin asing (foreign fighters) yang berada bersama kumpulan jamaat Jaish al-Muhajireen wal-Ansar (Army of Emigrants and Supporters). Kumpulan jamaat ini berjihad melawan tentera rejim Bashar Assad di Aleppo, Syria. Berita kesyahidan Abu Khurayra pada bulan Mac 2014 datang bersama berita gugurnya dua lagi Mujahidin daripada jamaat yang sama. 

Kedua-dua mujahidin lain itu berasal dari negara yang berbeza; Abu Ahmad Al-Tajik (Абу Ахмад Таджики) atau nama sebenarnya Bakhtiyor Sherov, berasal dari bandar Kulob, Tajikistan. Seorang lagi mujahid yang gugur bernama Ismail al-Dagistani (Исмаил Дагистани) dan berasal dari Republik Dagestan, Rusia. Ketiga-tiga syuhada dilaporkan gugur ketika berjihad di Syria. Abu Ahmad Al-Tajik dilaporkan berjuang di Brigade Caucasus Emirate. Maklumat ini dikeluarkan oleh Akhbar Sham, laman web rasmi jamaat Jaish al-Muhajireen wal-Ansar. Kebanyakan pejuang daripada jamaat ini menggunakan bahasa Rusia sebagai bahasa pengantar mereka. Sebahagian daripada mereka turut menggunakan bahasa Chechen, memandangkan jamaat ini pada asalnya merupakan jamaat yang terdiri daripada pejuang berbangsa Chechen. Sekarang, jamaat ini dipimpin oleh seorang Amir berbangsa Chechen yang bernama Salahuddin al-Shishani.

Menurut artikel daripada Akhbar Sham, sejak hari pertama berada dalam jamaatnya, Abu Khurayra kelihatan seperti berada di rumahnya sendiri, seolah-olah tercipta satu ruang untuknya di situ dalam kalangan rakan jamaat yang lain. Walaupun usianya masih lagi muda, Abu Khurayra dikatakan turut memiliki karisma.

Melihat tingkah lakunya dan mendengar dia berbicara, sukar untuk kita membayangkan yang seseorang boleh berdebat dengannya. Ceria dan cerdas, beliau bersedia untuk memulakan perbualan dengan rakan-rakan yang lain, menyertai perbincangan, namun, beliau masih lagi mengekalkan lemah-lembut dalam tutur kata beliau dan dalam masa yang sama,  menghormati saudara-saudara yang lain, tanpa melukakan hati diri sendiri dan teman-teman yang lain.

Beliau dikatakan hampir tidak pernah menceritakan apa-apa tentang dirinya, seperti yang biasa dilakukan oleh mujahidin yang lain. Selain daripada negara asal beliau iaitu Kazakhstan, tidak banyak yang diketahui tentang beliau.

Salah seorang Mujahidin yang lebih tua sempat mengusik beliau, "Sekarang, anak padang rumput Kazakh, mari kita meneka namamu. Kamu mahu aku membuat 3 kali tekaan untuk menekanya? Kamu ialah Zhumabay*? Tidak? Baik, ini bermakna kamu ialah Tuligen atau Serik**."

"Tidak," jawab Abu Khurayra dengan senyuman. "Nama saya Abu Khurayra."

*Zhumabay (Tokoh politik Kazakh)
**Serik (Tokoh politik yang juga merupakan perdana Menteri Kazakhstan dari 2012-2014)

Itu sahaja yang diketahui mengenai beliau. Walaupun perjalanan hidupnya pendek, namun mujahid ini berjaya meninggalkan jejak yang benderang di hati rakan-rakan yang lain.

Satu perjalanan hidup yang cukup singkat, namun mujahid muda ini meninggalkan jejak yang begitu benderang di hati rakan-rakan seperjuangannya, selamanya. - See more at: http://kezoom.blogspot.com/2014/04/abu-khurayra-wajah-mujahid-muda-yang.html#.U0qcqVeLWnE
Satu perjalanan hidup yang cukup singkat, namun mujahid muda ini meninggalkan jejak yang begitu benderang di hati rakan-rakan seperjuangannya, selamanya. - See more at: http://kezoom.blogspot.com/2014/04/abu-khurayra-wajah-mujahid-muda-yang.html#.U0qcqVeLWnE

**********************
Fakta ekstra:
Menjadi kebiasaan bagi seseorang Mujahidin menggunakan nama palsu, kunya  ketika berjihad. Biasanya kunya mereka ditambah dengan nama negara asal mereka, dalam nama Abu Khurayra,  Al-Kazakh itu menandakan yang dia datang daripada negara Kazakhstan.

Di sini juga ingin diterangkan, memandangkan dalam bahasa Rusia tidak ada konsonan yang berbunyi seperti H,  mereka  menggunakan Kh (Rusia: X) untuk menggantikan H dalam nama Huraira. Oleh itu bila ia diterjemahkan ke huruf bahasa Inggeris, tulisan nama Huraira bertukar menjadi Khurayra.

Walaupun Akhbar Sham tidak memberitahu tarikh tepat gugurnya Abu Khurayra di Syria, namun melalui video mereka yang disiarkan di Youtube pada 23 Mac 2014 (video itu dirakam pada 17 Mac 2014 ketika pertempuran itu berlangsung di Allermoun, Aleppo), seorang Mujahidin bertanya kepada rakannya yang lain "Siapa yang syahid?" dan rakannya itu menjawab "Abu Khurayra al-Kazakh". Mujahidin yang lain turut memberitahu yang jasad syuhada Abu Khurayra berbau harum.

Berita kesyahidan Abu Khurayra turut dikongsi oleh Mujahidin daripada Jamaat Seyfullakh Shishani (sebahagian daripada Jabhat al-Nusra) yang bernama Muslim Abdullaev (kemungkinan juga ialah nama palsu). Di dalam entrinya di halaman sosial VK dia menyatakan yang dia mendapat tahu tentang berita kesyahidan kawan rapatnya, Abu Khurayra selepas dia kembali daripada operasi kumpulan jamaatnya. Dia turut memberitahu, dia dan Abu Khurayra makan bersama, melepak dan duduk di kafe internet bersama. "Saya merinduinya dan saya masih lagi memiliki mesej yang dihantarnya melalui WhatsApp", tambah Muslim Abdullaev. Menurut Muslim Abdullaev juga, Abu Khurayra merupakan mujahid pertama yang gugur dalam pertempuran di Allermoun tersebut.

**********************  

Kemaskini (Update) 22/6/2014:

Mujahidin Muslim Abdullaev menulis keterangan ini di dalam entrinya (entri asal) dalam laman sosial VK yang bertarikh 22/6/2014.

P/S: Laman itu telah ditutup.

"Kawan saya Abu Khurayra dari Kazakhstan. Insha Allah dia salah seorang daripada syuhada.

Pertama kali saya berjumpa dengannya ialah di kelab internet di Hraytan, Aleppo. Waktu itu, dia datang dan duduk di sebelah saya. Dia memandang monitor komputer yang berada di hadapan saya. Saya menoleh ke arahnya lalu memulakan bicara. "Assalamualaikum, saudara. Apa khabar? Ada apa-apa yang boleh saya bantu?"

Dia memberitahu yang dia mengenali kumpulan saya dan juga admin daavat.me.

Saya menyukai keperibadiannya yang baik, dan saya ingin berkawan dengannya. Kami bertukar nombor telefon antara satu sama lain. Kami kerap menghubungi satu sama lain, dan makan malam bersama. Dia memberitahu saya yang dia ingin sangat berkahwin. Sewaktu kami bersama-sama menyiapkan diri untuk operasi, dia tidak memiliki topeng muka (topeng penutup muka yang biasa diguna oleh Mujahidin) dan saya menawarkan diri untuk membelinya, tetapi kerana sikapnya yang bersederhana, beliau menolak tawaran saya. Lalu saya memberitahu dia yang dia ialah saudara saya dan apa yang saya miliki adalah kepunyaannya juga. Dengan senyuman, dia menjawab saya sambil bergurau "jika begitu saya turut tidak memiliki pad lutut".

Bermulanya operasi (Amalia) di Layramoun (Allermoun), hari keesokannya saya mencari saudara Abu Khurayra, namun tiada siapa yang tahu di mana dia berada. Dua hari kemudian, saya pergi ke bandar dan menerima berita sedih, yang dalam masa yang sama juga berita gembira tentang kesyahidan Abu Khurayra.

Dia syahid, Insha Allah. Saya menunggu hari saya bisa menemui anda di syurga. Rakanmu, Mujahid Sham."


"Мой друг из Казахстана шахид иншааЛлах АбуХурейра Казахстани.

В первый раз я встретился с ним в интернет клубе в Алеппо, в городе Храитан.
Он пришел и сел рядом, периодически он поглядывал на монитор компьютера, за которым я сидел. Я обратился к нему со словами :"Ассаляму алейкум, брат. Как ты? Могу чем-нибудь помочь?"
Он ответил, что знает мою группу и сказал что также является админом группы daavat.me .

Его благой нрав мне очень понравился и я захотел с ним подружиться, мы обменялись контактами. Стали часто общаться, ездили обедать вместе. Он очень хотел жениться.
Готовились вместе к операции, у него не было маски и я предложил поехать купить, но он по скромничал и отказался. На что я ответил, что он мой брат и все что мое, то принадлежит и ему. В ответ он пошутил, сказав с улыбкой :"тогда у меня и наколенников нет))))))".

Вот и началась амалия Лерамон, на следующий день я стал искать его, но никто не знал где он. Через два дня я поехал в город и услышал печальную и в то же время радостную весть о его шахаде.

ИнщаЛлах он шахид! С надеждой встретить тебя в Раю, твой друг Муджахид Шама."




********************** 







Syahid berperang di jalan Allah SWT melawan musuh yang menindas umat Islam, semoga Allah SWT merahmati dan menempatkan anda di kalangan para syuhada yang lain di sana.

Al-Fatihah..


Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.
Pujian bagi Allah, Tuhan yang memelihara dan mentadbirkan sekalian alam.
Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.
Yang Menguasai pemerintahan hari Pembalasan (hari Akhirat).
Engkaulah sahaja (Ya Allah) Yang Kami sembah, dan kepada Engkaulah sahaja kami memohon pertolongan.
Tunjukilah kami jalan yang lurus.
Iaitu jalan orang-orang yang Engkau telah kurniakan nikmat kepada mereka, bukan (jalan) orang-orang yang dimurkai ke atas mereka, dan bukan pula (jalan) orang-orang yang sesat.


Sumber: Шахиды «Джейш Мухаджирин валь Ансар»: Абу Хурейра Казахи, Абу Ахмад Таджики и Исмаил Дагистани, Абу Хурейра Казахи, Абу Ахмад Таджики, Исмаил Дагистани – шахиды, иншааЛлах ВИДЕО, Syria: A Portrait Of 3 Jaish al-Muhajireen Wal Ansar Fighters, VK: Дневник муджахида Шама | Победа или Рай !, Интервью с амиром Джейш Мухаджирин ва Ансар Салахудином Шишани,  Бахтиёр Шеров: Аз маҳаллаи нӯҳуми Кӯлоб то ҷанги Сурия, Рай под тенью сабель | Муджахид Шама



p/s: Sekiranya anda mengambil maklumat daripada penulisan ini, sila sertakan sekali sumber di atas kerana maklumat-maklumat di dalam penulisan ini diambil daripada sumber-sumber tersebut. Sila berikan kredit kepada blog saya juga. Saya meneliti entri-entri yang ditulis oleh Russian-speaking foreign fighters di Syria dalam laman sosial VK untuk mencari maklumat dan menerjemahkan entri daripada Rusia ke Bahasa Melayu. Saya juga menyusun maklumat-maklumat berkenaan syuhada ini di dalam entri blog ini.


Terima kasih. Semoga Allah SWT merahmati kita semua.

Спасибо за чтение!

-Farhanah Atiqah

Lebih banyak info tentang mujahidin:
Mujahidin Asing Di Syria (1)
Abu Bakar: Mujahid Muda Rusia Syahid Di Syria
Beliau berjihad melawan rezim Nushairiyah di Suriah bersama kumpulan Jaish Al-Muhajirin wal Anshar. - See more at: http://kezoom.blogspot.com/2014/04/abu-khurayra-wajah-mujahid-muda-yang.html#.U0qcqVeLWnE
Abu Khurayra Al-Kazakh merupakan seorang mujahid muda yang berusia 19 tahun berasal dari Kazakhstan. Beliau berjihad melawan rezim Nushairiyah di Suriah bersama kumpulan Jaish Al-Muhajirin wal Ansha - See more at: http://kezoom.blogspot.com/2014/04/abu-khurayra-wajah-mujahid-muda-yang.html#.U0qcqVeLWnE
Abu Khurayra Al-Kazakh merupakan seorang mujahid muda yang berusia 19 tahun berasal dari Kazakhstan. Beliau berjihad melawan rezim Nushairiyah di Suriah bersama kumpulan Jaish Al-Muhajirin wal Ansha - See more at: http://kezoom.blogspot.com/2014/04/abu-khurayra-wajah-mujahid-muda-yang.html#.U0qcqVeLWnE
Abu Khurayra Al-Kazakh merupakan seorang mujahid muda yang berusia 19 tahun berasal dari Kazakhstan. Beliau berjihad melawan rezim Nushairiyah di Suriah bersama kumpulan Jaish Al-Muhajirin wal Ansha - See more at: http://kezoom.blogspot.com/2014/04/abu-khurayra-wajah-mujahid-muda-yang.html#.U0qcqVeLWnE