Apa khabar semua?
Kali ini saya akan memperkenalkan salah seorang penulis Antologi Bayang; Penatimur.
Nama: Siti Noraini Ahmad
Umur: 35 tahun
Tarikh lahir: 2 April 1980
Pendidikan: Ijazah Sarjana Muda Komunikasi (Teknologi Komunikasi) Universiti Utara Malaysia (UUM) -2004
Blog: http://pena-timur.blogspot.my/
Beliau merupakan penulis cerpen Ghaib di dalam Antologi Bayang.
Selain itu, beliau juga turut menyumbangkan cerpen di dalam Antologi Anugerah (juga terbitan Khairy Tajudin Resources).
Diharapkan beliau akan terus maju dalam dunia penulisan.
Salam perkenalan daripada saya, Farhanah Atiqah, buat saudari Penatimur.
:D
-Farhanah Atiqah
Showing posts with label BAYANG. Show all posts
Showing posts with label BAYANG. Show all posts
Sunday, 13 November 2016
Saya dan Antologi Bayang
Hari ini saya akan memperkenalkan buku yang bertajuk Antologi Bayang.
Antologi yang diselenggara oleh Tuan Khairy Tajudin ini memuatkan 23 buah cerpen psiko, seram, dan misteri daripada 23 orang penulis.
Berikut ialah senarai cerpen dan penulis di dalam antologi ini:
1. Cantik - Izzat Haikal
2. Dia Nenek Aku - Rod Roman Riquelme
3. Teristimewa - Dia Farhana
4. Ghaib - Penatimur
5. Jiwa Mati - Amir Roza
6. Kapsul Gantian - Nazrie Haslieanie
7. Khianat - Amirul Amsyar
8. Kunci Taubat - Mohd Fathi bin Abu (MFA)
9. Lolipop - Deana April
10.Mafia - Saiful Ghazali
11.Kucing Adik - Nurimas SN
12.Penunggu Asrama - Shahiran Ruslan
13.Misteri Rumah Lama - Ahmad Safarman Dollah
14.Motorbot Terakhir - Nidra
15.Nenek Kebayan - M. Rizal A. Razak
16.Obsesi - Diha ZamNoor
17.Pemburu - Asyiqin Jamali
18.Perjanjian - Farhanah Atiqah
19.Realiti Dalam Mimpi - Helmi Syukry
20.Reng Tua Malem - Qay Elfansuri
21.Sana Ada Pokok - Engku Shariful Azni
22.Sesal - Sharina Elisa
23.Suatu Malam - Zakuan Faizz
Saya sudah membaca sebahagian daripada cerpen di dalam buku ini. Jujur saya katakan, cerpen-cerpen yang ditulis sangat menarik, psiko, misteri, dan...kejam.
Ya, kejam!
Nama antologi sahaja sudah meremangkan bulu roma. Inikan pula cerita-ceritanya.
Untuk pengetahuan semua, sayalah salah seorang penulis yang menulis cerpen kejam itu. Hehehehehe
Jangan lupa nantikan kemunculan antologi ini di kedai-kedai buku berhampiran anda!
:D
-Farhanah Atiqah
Sunday, 23 October 2016
Saya dan Perjanjian
Dahulu saya pernah menulis satu cerita pendek yang
bertajuk ‘Perjanjian’.
Ia mengisahkan seorang lelaki yang mengikat perjanjian
dengan seseorang yang mempunyai kuasa untuk memakbulkan sebarang hajat di hati.
Saya tulis cerita pendek ini di kelas Pemikiran
Kritis dan Kreatif. Ketika itu saya sedang bosan.
Selepas kelas berakhir, saya kembali ke bilik dan
mula menaip cerita yang saya tulis tadi.
Orang pertama yang baca cerita tersebut ialah
Cynthia, sahabat baik kesayangan saya.
Cynthia memuji cerita yang saya tulis, dan
memberitahu yang saya ada bakat.
Saya gembira.
Jadi saya pun muatnaik cerita tersebut dalam akaun
saya di FictionPress.
Tidak ramai yang baca cerita saya.
Saya juga muatnaik cerita itu di blog saya.
Tidak ramai juga yang baca.
Kemudian saya menemui portal Ilham Karangkraf.
Saya muatnaik cerpen tersebut di portal Ilham.
Hasilnya sungguh mengejutkan.
Cerpen saya dibaca oleh ramai orang. Dan ia turut diletakkan
dalam Pilihan Editor untuk tempoh masa yang tertentu.
Saya kemudian bercadang untuk mengembangkan lagi
cerita tersebut.
Saya menulis 3 bab selepas itu, untuk melihat reaksi
pembaca.
Tidak banyak reaksi.
Jadi saya padamkan cerita tersebut daripada portal
Ilham.
Tidak lama kemudian, saya melihat iklan daripada
satu rumah penerbitan.
Mereka mahukan cerpen untuk dimuatkan dalam antologi
mereka.
Jadi saya pun memperbaiki cerpen Perjanjian saya.
Kemudian saya email cerpen itu kepada mereka.
Dan, pada 7 Oktober 2016, ketika saya membuka akaun
email saya, saya menerima mesej yang cerpen saya akan diterbitkan bersama-sama
cerpen penulis lain di dalam satu buku antologi cerpen yang bertajuk BAYANG.
Saya menjerit kegembiraan.
Saya menelefon ayah dan ibu saya dan memaklumkan
khabar ini kepada mereka. Mereka turut gembira mendengarnya.
Hingga hari ini, saya masih tidak percaya yang
cerpen itu akan diterbitkan.
Terima kasih Tuan Khairy Tajudin kerana memberikan
saya peluang ini.
Jutaan terima kasih kepada Cynthia kerana telah
menjadi pembaca setia cerita saya selama ini.
Terima kasih yang tidak terhingga kepada ibu dan
bapa saya yang menjadi sumber kekuatan saya untuk terus menulis.
Saya bersyukur kepada Allah SWT atas nikmat
rezeki penulisan yang diberi. Insha Allah saya akan terus berkarya untuk
membawakan lebih banyak cerita-cerita menarik dan lain daripada yang lain
kepada pembaca semua.
Nantikan kemunculan antologi cerpen BAYANG daripada
Khairy Tajudin Resources.
Terima kasih.
Subscribe to:
Comments (Atom)

